Cerita tentang susu..
(Jangan bimbang, tiada iklan produk susu yang menyusul)
Rujuk gambar…
“Jika korang kenal watak dalam setiap gambar yang minum susu ini, korang memang kaki movie.
Ke empat empat watak ini ada persamaan, iaitu:- Mereka semua orang jahat, dan mereka minum susu!
Ada tafsir tentang filem yang mana jika ada babak orang jahat minum susu bermakna jauh dalam hati mereka, ada sifat yang baik, itu lepas mereka insaf, tapi jarang filem orang jahat menajdi insaf...
Maka satu lagi tafsir adalah, jika ada babak orang jahat yang tidak minum arak, tapi minum susu, itu bermakna orang jahat itu adalah lebih bahaya dari orang jahat yang suka minum arak sahaja, kerana orang jahat yang minum susu, mereka sebenarnya mampu kuasai nafsu minum arak yang buat diri tidak waras, bermakna bila orang jahat itu minum susu, mereka sedang merancang tindakan yang bijak tapi sangat jahat.
Jadi hati hati dengan orang jahat yang minum susu guys!
Dan lebih hati hati jika ada orang minum susu keluaran bukan islam, tapi dikatanya itu produk orang islam. Adohai..
Maka untuk atasi orang jahat sebegini, kita yang baik baik ni, minumlah susu guys, kerana minum susu adalah Sunnah Nabi. Jika minum susu keluaran bukan islam, tetap halal, tapi jangan menipu kata ini milik islam sepenuhnya jika bos besar bukan islam, menipu haram guys.
Tapi jangan pulak merajuk dan minum susu pekat manis semata mata, minum susu segar itu Sunnah! Berniga itu Sunnah, Jujur dalam meniaga itu Sunnah.
Jom jadi orang baik yang minum susu!
Woha!